fbpx
Sebahagian daripada anggota penyelamat yang meneruskan operasi pencarian di lokasi kejadian tanah runtuh.

Unit K9 bantu bomba di kawasan runtuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan dua anjing pengesan (K9) dalam operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, setakat ini hanya dua kenderaan disahkan terlibat di mana dua mangsa terkorban dalam kejadian itu.

Bagaimanapun katanya, khidmat K9 digerakkan bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat dalam runtuhan berkenaan.

“Buat masa ini belum ada apa-apa petunjuk (kenderaan lain terlibat) kerana berdasarkan maklumat saksi, hanya sebuah lori dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Itu apa yg saksi nampak dan untuk sahkan, kita gunakan khidmat K9 untuk pastikan tiada lagi mngsa dalam timbunan runtuhan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Muhamad Shahrizal berkata, keadaan cuaca hujan pada sebelah pagi sedikit mengganggu operasi mencari dan menyelamat dijalankan kerana dikhuariti berlakunya pergerakan tanah dan runtuhan.

Katanya, keadaan runtuhan yang berada pada paras antara lima ke tujuh meter turut menyukarkan anjing pengesan mengesan mangsa yang tertimbus.

“Kita berpandukan kepada saranan daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk sahkan keupayaan di lokasi, sekiranya keadaan selamat maka operasi dapat diteruskan, jika tidak mungkin tangguh sementara untuk kerja-kerja pembersihan pula,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR