fbpx

Pengembara 8 negara disekat datang Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pengembara dari negara selain lapan negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara adalah dibenarkan untuk menyertai Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mereka bagaimanapun perlulah menjalankan ujian pengesanan Covid-19 menggunakan RT– PCR sekurang-kurangnya 72 jam sebelum bertolak ke Malaysia dan pada hari ketibaan.

Mereka juga dikehendaki menjalani ujian pengesanan Covid-19 menggunakan ujian RTK–Antigen (RTK-Ag) Professional pada hari ketiga dan hari kelima selepas ketibaan.

“Bagi pengembara yang membuat ujian di Langkawi pada hari ketibaan di pulau itu, mereka dibenarkan tinggal di hotel sementara menunggu keputusan ujian.

“Ini bagi mengelakkan perhimpunan ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan akan menerima perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) secara digital dalam aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pengembara dari negara selain daripada lapan negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara juga adalah dibenarkan memasuki Malaysia untuk melancong ke negeri-negeri selain Langkawi dengan mematuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan.

“Keperluan tersebut melibatkan perlu menjalani kuarantin wajib manakala, tempoh kuarantin bergantung kepada status vaksinasi iaitu tujuh hari untuk individu dengan vaksin lengkap dan 10 hari sekiranya tidak menerima vaksin lengkap atau tidak menerima vaksin.

“Selain itu, tempat kuarantin mengikut kelulusan yang diberikan oleh Home Quarantine Application (HQA), sama ada di rumah atau tempat kediaman atau stesen kuarantin.

“Pengembara yang tidak diluluskan untuk menjalani kuarantin di rumah atau tempat kediaman perlu membuat tempahan bilik di hotel yang dikenal pasti sebagai stesen kuarantin melalui MyTravelSafe di pautan https://safetravel.myeg.com.my/,” ujarnya.

Terdahulu, sekatan perjalanan sementara dilaksanakan melibatkan lapan negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI