fbpx
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun beramah mesra bersama golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang hadir pada Majlis Malam Kasih OKU Keluarga Malaysia sempena Hari Orang Kurang Upaya Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. FOTO - AMIR KHALID

Dasar satu peratus OKU di sektor awam belum tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menetapkan dasar satu peratus golongan orang kelainan upaya (OKU) dalam sektor kerajaan akan menjadi petunjuk prestasi setiap kementerian.

Beliau berkata, pelaksanaan dasar berkenaan perlu dicapai setiap kementerian pada penghujung tahun depan.

“Menyedari bahawa dasar satu peratus OKU dalam sektor awam belum lagi mencapai sasaran, sukacita saya menetapkan bahawa pelaksanaan dasar ini akan dijadikan sebagai penunjuk prestasi bagi semua kementerian dan perlu dicapai pada penghujung tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Sedunia Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam tadi.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, walaupun ramai golongan OKU terkesan dengan pandemik Covid-19 namun pelbagai pencapaian luar biasa diraih golongan berkenaan tahun ini.

“Lima atlet paralimpik negara telah berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan dua pingat perak pada kejuaraan Paralimpik Tokyo 2020. Tidak terhad dalam arena sukan, Datuk Ras Adiba Mohd Radzi mencatat sejarah di Asia Tenggara dilantik menjadi senator mewakili golongan OKU,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Anugerah Ibu Bapa Mithali OKU dianugerahkan kepada Gustin Jenang dan Evylen Gelagar, pasangan ibu bapa pemenang pingat emas dalam acara angkat berat Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau. – K! ONLINE.

POPULAR