fbpx

Conte sedia realisasikan impian Kane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE (kiri) sedia membantu merealisasikan impian Kane untuk menjulang trofi kejuaraan bersama Tottenham Hotspur meskipun sedar rintangannya berliku. – AGENSI

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte berikrar untuk merealisasikan impian penyerang, Harry Kane untuk menjulang piala kejuaraan bersama Spurs meskipun sedar jalan berliku untuk mencapainya.

Bagaimanapun, pengendali kelahiran Itali itu tetap yakin beliau akan mampu melaksanakan tugas untuk memburu kejuaraan sekali gus memberikan trofi kepada Kane dan para penyokong yang dahagakan kejayaan.

“Kane mahu menjulang kejuaraan dengan jersi pasukan ini dan sasaran saya ialah membantu merealisasikan impian tersebut agar menjadi kenyataan.

“Namun, sebenarnya, perkara terbaik buat seseorang jurulatih adalah apabila beliau didatangi pemain pada penghujung musim yang mengucapkan terima kasih kerana atas bimbingan, permainannya meningkat.

“Bagi Kane pula, dia sebenar­nya sudah pun seorang juara tetapi saya mahu menambah satu atau dua peratus lebih apa yang dia sudah ada,” kata Conte.

Conte berkata, strategi beliau untuk berjaya akan berdasarkan kepada peningkatan permainan pemain yang diwarisinya di Spurs dan bukan berbelanja besar pada jendela perpindahan pemain.

“Biar saya maklumkan kepada kamu bahawa dalam setiap ­penghujung karier di sesebuah kelab, saya sering menjana kewangan, bukan berbelanja.

“Ini kerana saya suka melatih bakat-bakat muda, membina keyakinan pemain, daripada seorang yang tidak pernah menang kepada sang juara,” jelas Conte.

Rekod Conte menyaksikan beliau pernah menjulang kejuaraan Serie A bersama Juventus, Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Chelsea dan menamatkan kemarau kejuaraan Inter Milan pada Serie A musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI