fbpx
Wanita ini akhirnya mengaku berpura-pura cacat untuk mengemis. - TikTok

Wanita berpura-pura cacat untuk mengemis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang wanita yang berpura-pura cacat dan mencari nafkah dengan menjadi pengemis tular di media sosial selepas penipuannya itu terbongkar, lapor laman berita Suara.com.

Kejadian itu dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok dengan nama @me9541 dan sehingga kini telah ditonton lebih 460,000 kali dengan 20,000 tanda suka.

“Malu kerana terbongkar pura-pura cacat,” demikian keterangan ditulis bersama video tersebut.

Dalam video tersebut, seorang wanita dilihat sedang mengemis di hadapan sebuah warung menjual makanan dengan tangannya diikat dan disembunyikan di sebalik sehelai selendang.

Dia mengaku dirinya cacat dan akan mencari rezeki dengan meminta sedekah. Namun, seorang lelaki berjaya membongkar penipuan itu ketika wanita tersebut meminta sedekah kepadanya.

Lelaki itu yang curiga melihat tangan wanita itu dibalut selendang kemudiannya meminta untuk melihat keadaan tangannya, namun dia enggan berbuat demikian.

Lelaki tersebut kemudiannya melihat tangan wanita itu dan mendapati bahawa ia tidak cacat dan berfungsi dengan baik.

Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia telah menipu dan berdosa kerana telah berbohong.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Saya juga berasa malu apabila melihatnya (wanita itu),” komen seorang netizen.

“Lakonan yang hebat,” komen seorang netizen lain. – AGENSI 

POPULAR