fbpx
Pengumuman itu disusuli keputusan kedua-dua kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat untuk menyekat perjalanan dari rantau itu bagi menghentikan penyebarannya. - Jim Ruymen/UPI

Omicron, varian baharu Covid-19 yang membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA, SWITZERLAND – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menamakan varian baharu Covid-19 yang berasal dari Afrika Selatan sebagai ‘Omicron’, dan menetapkannya dalam kategori ‘varian membimbangkan’, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Pengumuman itu disusuli dengan keputusan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat yang merancang untuk menyekat perjalanan dari Afrika Selatan bagi mencegah penularannya. 

Beberapa negara turut dilaporkan menyertai rancangan tersebut termasuk Britain, Perancis, Jepun dan Itali.

“Varian B.1.1.529 ini mempunyai sejumlah besar mutasi dan ada antaranya yang membimbangkan,’’ kata kumpulan penasihat teknikal WHO untuk Covid-19 dalam satu kenyataan.

Sementara itu, seorang penyelidik dari Penyelidikan Perubatan Rega, Marc Van Ranst berkata, terdapat sampel yang disahkan sebagai varian B.1.1.529 ditemui daripada pengembara yang pulang dari Mesir pada 11 November lepas. Individu terbabit mula menunjukkan gejala pada 22 November lalu. 

Khamis lepas, Institut Kebangsaan Penyakit Berjangkit Afrika Selatan mengesahkan mengenai kewujudan varian baharu itu yang dilaporkan mempunyai 32 mutasi dan telah merebak di tiga wilayah berbeza di rantau itu. – Agensi

POPULAR