fbpx

Giliran Kino Pentagon pula jadi mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KINO PENTAGON

SELEPAS beberapa jam Lisa Blackpink disahkan positif Covid-19, kini giliran Kino daripada kumpulan Pentagon pula menerima nasib sama.

Cube Entertainment yang bertindak mewakili Kino turut mengesahkan perkara tersebut menerusi satu kenyataan.

“Kino Pentagon telah didiagnos dan positif Covid-19 pada Khamis.

“Hasil siasatan, sehari sebelum itu, seorang pengajar luar yang melawat pejabat Cube Entertainment disahkan positif Covid-19.

“Sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan, kami menjalankan ujian PCR ke atas semua pekerja, termasuk individu yang memasuki bangunan kami.

“Setakat ini, Kino positif tanpa sebarang simptom dan kini sedang mengikuti arahan kuarantin serta garis panduan pihak berkuasa,” tulis kenyataan tersebut.

Cube menambah, ahli Pentagon yang lain seperti Jinho, Hongseok, Shinwon, Yeowon, Yan An, Yuto, dan Wooseok semuanya disahkan negatif.

“Kami akan menentukan aktiviti dan kerja seni mereka mengikut garis panduan kuarantin pihak berkuasa.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk kesihatan dan keselamatan artis dengan mematuhi garis panduan pencegahan yang ditetapkan,” tulis kenyataan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI