fbpx

MCMC ingatkan pengguna beralih kepada rangkaian 4G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan pengguna telefon bimbit atau peranti 3G agar supaya segera beralih ke rangkaian 4G sebelum rangkaian 3G di Malaysia ditamatkan sepenuhnya 31 Disember depan.

MCMC menerusi satu kenyataan berkata, peringatan itu penting bagi memastikan perkhidmatan telekomunikasi pengguna tidak terkesan yang kemudiannya akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam gelombang pendigitalan.

Menurutnya, pengguna yang masih memiliki kad SIM yang hanya menyokong rangkaian 3G disaran segera menghubungi penyedia perkhidmatan terdekat untuk menaik taraf ke 4G, bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

“Penyelesaian penamatan rangkaian 3G ini seiring dengan usaha kerajaan meningkatkan liputan jalur lebar yang lebih menyeluruh dan berkualiti tinggi) di bawah inisiatif Infrastruktur Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

“Ini bertujuan mengguna semula spektrum yang sedia ada bagi mengukuhkan rangkaian 4G dan memberikan pengalaman 4G yang lebih baik serta menarik kepada pelanggan dan isi rumah,” katanya hari ini.

Ujarnya, peningkatan kualiti yang akan dapat dilihat merangkumi kelajuan data yang lebih tinggi, latensi rendah dan kestabilan rangkaian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI