fbpx

Lapan PATI termasuk tujuh warga Nigeria ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada PATI yang ditahan JIM semalam.

PUTRAJAYA – Tujuh lelaki warga Nigeria antara lapan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam dua serbuan berasingan di Cyberjaya dan Puchong semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) diperiksa dan daripada jumlah itu seramai lapan ditahan termasuk tujuh lelaki warga Nigeria dan seorang lelaki warga Pakistan berusia antara 24 hingga 35 tahun.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, serbuan dilakukan oleh 30 anggota penguatkuasa Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya.

Beliau berkata, serbuan dilakukan susulan aduan daripada penduduk setempat yang yang kurang selesa dengan masalah sosial yang ditimbulkan warga Benua Afrika itu.

“Dalam operasi itu, ada anggota penguat kuasa yang tercedera selepas terbabit dalam pergelutan dengan pendatang asing yang enggan bekerjasama.

“Mereka ditahan selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, langgar syarat pas dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, premis yang diserbu dipercayai menjadi lokasi tumpuan warga Benua Afrika yang tinggal di sekitar kawasan Cyberjaya dan Puchong.

Jelasnya lagi, semua Pati yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih di Selangor untuk tindakan selanjutnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI