fbpx

Ramai tidak dilindungi kerosakan bencana alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Zurich Malaysia mendapati, sebanyak 59 peratus pemandu kenderaan di negara ini masih tidak mempunyai perlindungan mencukupi terhadap kerosakan akibat banjir, tanah runtuh dan juga pokok tumbang.

Menurut kenyataan syarikat itu, kaji selidik daripada responden berhubung impak pandemik terhadap perlin­dungan insurans mendapati, hanya satu bagi setiap tiga pengguna jalan raya (34 peratus) mempunyai perlin­dungan ter­hadap kerosakan akibat ditimpa ribut dan pokok tumbang.

Hanya 29 peratus daripada mereka di­lindungi ekoran kejadian tanah runtuh.

Jelas kenyataan itu lagi, daripada aspek pembaharuan insurans dan takaful kende­raan pula, masih ramai yang menggunakan khidmat ejen untuk berbuat demikian, meski­pun terdapat kemudahan untuk berbuat demikian menerusi online.

Makluman daripada 990 ­responden yang memiliki kenderaan bermotor mendapati, sebanyak 38 peratus memilih untuk menggunakan khidmat ejen insurans untuk urusan tersebut.

Bagaimanapun, sebanyak 43 peratus daripada pengguna jalan raya memilih kaedah portal dalam talian untuk memperbaharui insurans dan takaful kenderaan mereka.
“Ini menunjukkan, kepen­tingan teknologi dalam pasaran masa kini diguna pakai se­baiknya oleh anggota masyarakat.
“Di samping itu, sebanyak 16 peratus daripada masyarakat memilih untuk me­ngunjungi kios atau pejabat pos untuk urusan memperbaharuinya,” kata ke­nyataan itu.
Kaji selidik itu melibatkan 1,201 individu di seluruh negara dan 990 daripadanya adalah pemilik kenderaan.
Mengenai pelan perlin­dungan insurans dan takaful kende­raan, kebanyakan rakyat memilih pelan meliputi semua pemandu (36 peratus).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI