fbpx

Tulang tangan patah, Kim Do-yeon direhatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM DO-YEON

KUMPULAN Weki Meki kembali membuat kemunculan semula dengan album mini baharu berjudul I AM ME baru-baru ini.

Ketika muncul pada sidang akhbar pelancaran album tersebut, agensi pengurusan mereka, Fantagio pada masa sama memaklumkan bahawa seorang daripada anggota kumpulan Weki Meki iaitu Kim Do-yeon mengalami kecederaan.

Penyanyi itu mengalami kecederaan patah tulang pada bahagian pergelangan tangan, sekali gus menyebabkan dia tidak dapat menyertai Weki Meki dalam aktiviti promosi yang dijalankan.

“Selepas pemeriksaan, Do-yeon didapati mengalami patah tulang pada bahagian belakang tangannya. Doktor menasihatkan dia untuk berehat dan tidak melakukan pergerakan aktif sehingga betul-betul sembuh.

“Dia dijangka sembuh dalam masa enam minggu. Selepas berbincang, kami putuskan untuk utamakan kesihatannya. Bagaimanapun, dia tetap berpeluang menyertai aktiviti santai lain seperti acara bersama peminat,” kata agensi tersebut.

Dalam tempoh penyembuhan, penyanyi itu tidak akan menyertai sebarang aktiviti persembahan membabitkan Weki Meki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI