fbpx

Ramai pegawai, anggota JPJ dijangkiti Covid-19 semasa bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminurrahim (tiga kanan) menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Mek Limah di Kampung Karang, Banggu, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Seramai 560 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara dikesan positif Covid-19 sejak Mac tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPJ, Aminurrahim Mohamed berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 531 kes dilaporkan positif Covid-19 pada tahun ini manakala 29 kes pula direkodkan pada tahun lalu.

Menurut beliau, 50 peratus daripada jumlah itu dipercayai dijangkiti semasa betugas iaitu berurusan dengan pelanggan di kaunter.

“Dalam situasi negara dilanda pandemik Covid-19, pegawai dan anggota sentiasa memberi komitmen menjalankan tugas masing-masing bagi memenuhi keperluan orang awam yang berurusan dengan JPJ.

“Saya berharap pelanggan yang mahu berurusan di kaunter JPJ terutama yang mempunyai kontak rapat dengan individu dijangkiti Covid-19 supaya tidak hadir berurusan dengan kami untuk mengelakkan jangkitan,” katanya.

Berita berkaitan: Isteri meninggal dunia selepas 24 jam nikah

Berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan Badan Khairat Kematian JPJ Malaysia (Baqa) sebanyak RM10,000 kepada waris bekas Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) di JPJ Putrajaya, Siti Saraf Ismail, 25,.

Siti Saraf meninggal dunia bulan lalu selepas 24 jam berkahwin dengan pasangannya, Mohamad Amirul Akmal Mohd. Aziz,25, pada 24 Oktober lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI