fbpx

Mas Ermieyati ucap terima kasih ahli UMNO undi beliau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Ermieyati.

MELAKA – Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berterima kasih kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara termasuk ahli UMNO yang menyokong dan mengundinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) memberi jaminan akan terus memberikan khidmatnya kepada kawasan tersebut walaupun tidak dipilih sebagai wakil rakyat DUN Tanjung Bidara.

“Saya akan terus berkhidmat walau apa keputusan (PRN Melaka) dan betapa (jumlah undi majoriti) 364 (diperoleh calon BN) sangat signifikan tentang sokongan (kepada saya) biarpun mereka (yang mengundi) orang UMNO,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, Mas Ermieyati yang juga calon Ketua Menteri oleh Perikatan Nasional (PN) berkata, PRN Melaka kali ini berjalan dengan sangat baik walaupun dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang membataskan pergerakan kempen.

Beliau berkata, keputusan di DUN Tanjung Bidara merupakan satu pencapaian terbaik beliau dapat berikan kepada PN berdasarkan kemenangan tipis diperoleh calon BN disebabkan ramai pengundi tidak pulang ke kampung untuk mengundi.

“Ini menunjukkan sebenarnya ada ruang (untuk beliau dan PN) di Tanjung Bidara tetapi masanya belum tiba. Lagipun seperti saya selalu nyatakan DUN Tanjung Bidara adalah kubu kuat dan kawasan tradisi UMNO.

“Saya boleh rasakan suasana yang baik dan itu yang merendahkan undi majoriti. Semasa hari mengundi saya dapat rasakan perasaan yang sangat berbeza berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Masa itu orang pandang muka kita pun tidak mahu macam nak telan. Semalam orang ramai panggil untuk bergambar. Saya rasa itu satu pencapaian yang baik,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI