fbpx

Solskjaer harap jasanya dikenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLSKJAER (kanan) mahu semua pihak mengenang jasanya bersama United sebelum ini dan tidak menilai prestasi musim ini semata-mata. – TWITTER MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurusan Manchester United mungkin akan membuat keputusan berhubung masa depan pengendali, Ole Gunnar Solskjaer selepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Watford di Vicarage Road malam ini.

Bagaimanapun, Solskjaer difahamkan berang dengan desakan pengurusan United yang meminta beliau berundur secara terhormat sekiranya The Red Devils terus menampilkan aksi mengecewakan.

Pengendali dari Norway itu dikatakan tidak berpuas hati apabila pihak pengurusan hanya menilai prestasi United musim ini dan melupakan aksi cemerlang yang ditampilkan dalam dua musim terdahulu.

Solskjaer meminta orang sekeliling menilai kembali kemampuannya apabila pernah membawa pasukan itu muncul naib juara Liga Europa musim lalu selepas tewas kepada Villa­rreal di perlawanan akhir.

Walaupun apa yang diperkatakan oleh Solskjaer, kelab itu dikatakan tidak teragak-agak untuk menyingkirkan beliau sekiranya gagal membawa pulang tiga mata pada perlawanan malam ini.

Sementara itu, bekas rakan sepasukan Solskjaer di United, Rio Ferdinand mencadangkan beliau agar melepaskan jawatan tersebut bagi memberi peluang kepada orang yang lebih layak.

“Saya tidak pasti sama ada beliau mampu bawa kami jadi juara, namun saya harap beliau mampu lakukannya. Bagaimanapun, saya fikir sudah tiba masa untuk beliau serahkan tugas itu kepada orang lain,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI