AKSI Mbeumo ketika meledak gol pembukaan Manchester United sebelum pasukannya diikat Tottenham Hotspur 1-1. – AFP

EPL: Carrick tuntut United tampil lebih kental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Michael Carrick menuntut anak buahnya tampil dengan watak lebih kental dan licik mengawal situasi perlawanan sekiranya mahu kembali memburu lebih banyak kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Carrick dilihat tidak berpuas hati selepas The Red Devils sekadar melakar keputusan seri 1-1 dengan Tottenham Hotspur pada aksi di Old Trafford, awal pagi semalam.

Keputusan itu dianggap satu kerugian kerana Spurs terpaksa beraksi dengan 10 pemain ekoran kad merah dila­yangkan kepada Rodrigo Bentancur, namun tetap memperoleh gol penya­maan di hujung permai­nan.

“Saya tidak gembira dengan jumlah mata yang kami raih ketika ini.

“Sudah pasti saya tidak boleh menyembunyikan apa yang saya rasakan ini.

Saya fikir kami sepatutnya mampu tampil dengan aksi lebih berbeza, namun inilah realitinya dan kami perlu menerimanya. Kami harus merubah sesuatu ke arah yang lebih baik dengan cepat.

“Kami hanya perlu mela­kukannya mengikut yang dirancang, jadi lebih ‘degil’, kental dan lebih kuat bagi mempertahankan kelebihan yang kami ada,” katanya.

The Red Devils dilihat hampir mengesahkan tiga mata hasil jaringan Bryan Mbeumo, namun Dominic Solanke lebih bijak untuk memanfaatkan kesempatan apabila menjaringkan gol penya­maan pada masa kecederaan babak kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN