fbpx

Mangsa banjir Kelantan makin bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk menyediakan tapak baharu untuk dijadikan sebagai kandang lembu sementera selepas kawasan rumahnya di tenggelami banjir di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang semalam. - Foto oleh YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU – Mangsa banjir di negeri ini makin bertambah apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Bongor, Jeli menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) kedua yang dibuka pada hari ini.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM, seramai 35 mangsa telah ditempat di PPS SK Lubok Bongor sejak malam tadi.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Gual Tok Deh masih kekal dengan 31 orang.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, bacaan air Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras amaran iaitu 8.3 meter sementara Sungai Kelantan di Limau Kasturi di tahap waspada 56.98 meter. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI