fbpx

Bekalan ubat di Sabah mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr. Rose Nani Mudin menafikan hospital di negeri berkenaan berdepan masalah bekalan ubat sehingga memaksa pemberian ubat kepada pesakit dikurangkan.

Beliau berkata, bekalan ubat di Sabah masih mencukupi tahun ini namun kaedah pemberian ubat bagi pesakit diubah daripada sebulan atau tiga bulan sekali kepada dua minggu sekali.

“JKNS dalam masa sama turut melaksanakan perolehan bekalan ubat secara berterusan untuk memastikan kesinambungan bekalan di semua hospital di negeri ini.

“Setiap pesakit kini diberi bekalan ubat untuk dua minggu berbanding untuk tempoh satu atau tiga bulan sebelum ini.

“Ia bagi memastikan tiada pesakit yang tidak mendapat ubat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagimengulas dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bekalan ubat hospital di Sabah merosot hingga memaksa pemberian ubat kepada pesakit dikurangkan.

Rose Nani berkata, pihaknya sentiasa komited untuk memberikan layanan yang terbaik kepada pesakit dan mengamalkan nilai budaya korporat sebagai penjawat awam.

Menurutnya, JKNS akan memastikan pesakit akan sentiasa mendapat bekalan ubat secukupnya namun pihaknya juga menasihatkan pesakit supaya menggunakan ubat yang diberikan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan sebaik mungkin tanpa ada pembaziran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI