fbpx

Mayat lelaki tanpa identiti di tebing sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang mengeluarkan mayat di lokasi hari ini.

Oleh NOR AZIAH MAT NOH

KUALA LUMPUR – Mayat lelaki tanpa identiti ditemui dalam keadaan terlentang di tebing sungai berdekatan tanah perkuburan lama di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Kepong, di sini hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Roosli Abu Hassan berkata, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan berkenaan kejadian pada pukul 4.27 petang.

“Seramai enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi termasuk bantuan jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari BBP Gombak Selatan membabitkan kekuatan lima anggota.

“Sebaik tiba di lokasi, polis memohon bantuan mengambil mayat di tebing sungai dan petugas mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) dan turun ke tebing sungai dengan ketinggian sembilan meter dari jalan raya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bomba menggunakan alat pengusung untuk menaikkan mayat berkenaan ke atas tebing.

Jelasnya, mayat tersebut dipercayai lelaki berusia 40 an namun identiti belum dapat dikenal pasti.

“Kes diserahkan kepada polis dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 6.02 petang,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI