fbpx

Kes pukul ADUN Morib sedang dikaji sebelum proses pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
logo PDRM
Gambar hiasan.

Oleh SITI AZIELAH WAHI

SEPANG – Siasatan berhubung dakwaan bekas isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin  yang dipercayai mencederakan isterinya kini dalam peringkat kajian di Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kes berkenaan telah dirujuk untuk kajian di Bukit Aman sebelum dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan mahkamah.

“Kes telah dirujuk kepada Bukit Aman untuk kajian sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan pendakwaan di mahkamah,” ujarnya ringkas ketika ditanya perkembangan siasatan kes itu dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini hari ini.

Difahamkan kes ke atas Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin memukul bekas isterinya, Juliani Jalilah Abdullah, 38.

Juliani Jalilah dikatakan telah membuat laporan di sebuah balai polis dalam daerah Kuala Langat berhubung kejadian itu yang dipercayai berlaku pada 21 Ogos lalu, ketika kedua-duanya masih merupakan pasangan suami isteri.

Hasnul yang merupakan ADUN daripada Parti Amanah dan Timbalan Speaker DUN Selangor bagaimanapun mendakwa laporan itu dibuat dengan ‘niat jahat’ selepas perceraian mereka.

Hasnul berkata, laporan itu dibuat beberapa bulan selepas kejadian itu untuk dikemukakan bagi rujukan Mahkamah Syariah dan tindakan lanjut terhadap Hasnul. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI