fbpx

KDNK Melaka menguncup 5.9 peratus – Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Melaka menguncup 5.9 peratus lebih tinggi berbanding KDNK negara iaitu 5.6 peratus.

Katanya, ia susulan prestasi sektor perkhidmatan dan subsektor pelancongan yang terjejas akibat Covid-19 di mana masing-masing menurun sebanyak 4.7 dan 9.1 peratus.

“Disebabkan itu, ramai rakyat kehilangan pekerjaan, perniagaan berdepan kecairan kewangan, manakala menurut Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran di negeri tersebut meningkat 1.1 mata peratus kepada 2.2 peratus pada tahun 2020.

“Bagi mengurangkan kesan tersebut kerajaan telah mengambil tindakan proaktif melalui lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM530 bilion bagi melindungi nyawa dan mata pencarian rakyat, kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian-BN) mengenai projek baharu akan dibangunkan di Melaka pada 2022 pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Parlimen.

Tambahnya, hampir RM500 juta bantuan tunai disalurkan kepada lebih 300,000 penerima melalui bantuan bulanan kebajikan masyarakat, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP).

“Selain itu, sebanyak RM155 juta juga disalurkan melalui bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) yang memberi manfaat kepada 37,000 perusahaan mikro dan kecil serta sejumlah RM150 juta disalurkan melalui Program Subsidi Upah memanfaatkan lebih 5,000 majikan dan menyelamatkan lebih 49,000 pekerjaan,” ujarnya.

Katanya, selain daripada bantuan tunai kerajaan persekutuan juga menyediakan peruntukan bagi projek pembangunan di negeri Melaka.

“Bagi tahun ini sahaja, RM534 juta juga disediakan di bawah Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Melaka, membabitkan 161 projek, selain peruntukan bernilai RM205 juta melalui pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Melaka,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI