fbpx

77 individu di Manjung lapor polis enggan divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LUMUT – Sebanyak 77 laporan diterima polis daripada individu yang enggan menerima vaksin Covid-19 sehingga 10 November lalu dengan memberi pelbagai alasan termasuk agama dan meragui kandungan suntikan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, lada juga yang memberi alasan bimbang terhadap kesan dan implikasi vaksin tersebut terhadap tubuh atau kesihatan mereka.

“Semua laporan itu kemudian dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rekod dan rujukan.

“Polis hanya menerima laporan yang dibuat individu tersebut dan menyerahkannya kepada KKM, manakala kita pula tidak mengambil tindakan lanjut terhadap mereka,” ujarnya selepas program Erat Kasih Prihatin anjuran Rumah Ngaji Teluk Muroh dan Mercy Malaysia Perak Chapter di IPD Manjung, Seri Manjung.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI