fbpx

Mindef fokus usaha perkasa kebajikan veteran ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebajikan veteran ATM menjadi antara fokus utama Kementerian Pertahanan ketika ini

PETALING JAYA- Kementerian Pertahanan (Mindef) menyuarakan janji untuk terus membulatkan fokus dalam usaha memperkasakan kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya bagi mereka yang sudah berumur.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kebajikan veteran ATM akan terus menjadi keutamaan kementerian dengan memberikan tumpuan penuh terhadap usaha memperkasa kebajikan veteran.

Hishammuddin.

“Mindef akan memberikan prioriti dan tumpuan penuh terhadap usaha memperkasa pembelaan kebajikan bagi golongan vateran ATM sama ada berpencen ataupun tidak melalui pelbagai inisiatif khusus.

“Jadi, bagi tahun ini, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM35.7 juta bagi skim bantuan kebajikan dan sehingga kini seramai 12,377 veteram ATM, balu serta tanggungan menerima manfaat tersebut,” katanya di pada persidangan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Hishammuddin berkata, antara bantuan yang disediakan termasuklah Skim Bantuan Sara Hidup; Bantuan Persekolahan, Kolej Vokasional Kebangsaan; Bantuan Kemasukaan ke Universiti Awam, Politeknik; Bantuan Perubatan; Bantuan Peralatan Pesakit; Bantuan Bencana Alam serta Bantuan Pengurusan Jenazah.

Selain itu, kementerian turut melaksanakan Program Gerobok Rezeki Vateran ATM dan Mindef Prihatin dengan memberi manfaat kepada 26,500 veteran dan tanggungan seluruh negara khususnya golongan B40 serta terjejas Covid-19.

Dalam perkembangan sama, Hishammuddin menjelaskan terdapat seramai 204,020 veteran ATM di seluruh negara dan daripada jumlah itu sejumlah 104,791 merupakan veteran berpencen manakala 73,863 lagi tidak menerima skim pencen.

“Definisi bagi veteran ATM tidak berpencen adalah bekas anggota yang tidak berkhidmat sepenuh masa atau telah menamatkan perkhidmatan lebih awal daripada satu tempoh yang melayakkan mereka digelar sebagai veteran ATM berpencen.

“Bagaimanapun, kerajaan tetap menghargai jasa dan pengorbanan golongan veteran ATM tidak berpencen dan turut mengambil kira kepentingan kebajikan mereka serta keluarga,” jelansya.

Menurut Hishammuddin, terdapat juga saranan agar kerajaan mewujudkan skim yang sesuai untuk veteran ATM tidak berpencen namun ia bergantung kepada situasi ekonomi serta kedudukan kewangan semasa negara.

Ismail Sabri pada sidang akhbar selepas menyerahkan sumbangan kepada seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlantar sakit, Mohamed Salleh sempena Program Cakna ATM di rumahnya di Wakaf Mek Zainab.
GAMBAR HIASAN

“Buat masa ini, kerajaan memberikan tumpuan kepada usaha memerangi Covid-19 yang menelan belanja besar, namun cadangan itu akan diteliti kerajaan seperti dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya juga mahu memberi penjelasan berkenaan pelarasan jurang pencen antara pesara tentera sebelum dan selepas tahun 2004 di mana perkara itu melibatkan bidang kuasa agensi pusat,” jelasnya.

Tambahnya, perkara itu tidak melibatkan pesara ATM semata-mata sebaliknya turut meliputi pesara perkhidmatan awam secara keseluruhan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI