fbpx

53 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 53 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian terkini sebanyak 29,729 kes.

Data pada laman web CovidNow memaklumkan, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Sebanyak 11 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,017 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Sarawak (12 kes), Terengganu (9), Sabah (8), Johor (5), Selangor (5), Kelantan (4), Kedah (3), Pahang (3), Negeri Sembilan (2), Perak (1), Perlis (1) serta tiada kematian di Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 65,956 kes aktif melibatkan 51,619 kes dikuarantin di rumah, 8,035 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,776 kes di hospital, 276 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 250 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 5,143 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,144 kes), Kelantan (706 kes), Sabah (500 kes), Johor (444 kes), Kedah (398 kes), Sarawak (287 kes), Terengganu (282 kes), Pahang (267 kes), Negeri Sembilan (239 kes), Kuala Lumpur (222 kes), Pulau Pinang (220 kes), Perak (202 kes), Melaka (160 kes), Putrajaya (52 kes), Labuan (12 kes) dan Perlis (lapan kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI