fbpx

Tiada masalah rentas negeri asalkan patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR HISHAM berucap pada sidang akhbar khas di Kementerian Kesihatan, Putrajaya hari ini. – Foto ihsan Kementerian Kesihatan

PUTRAJAYA – Kelonggaran diberikan oleh kerajaan untuk pergerakan rentas negeri kepada individu yang lengkap vaksinasi sejak 11 Oktober lalu bukan punca kes Covid-19 meningkat.

Sebaliknya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, trend seolah-olah ada pertambahan kes baharu kebelakangan ini ekoran sikap culas masyarakat.

“Sebenarnya rentas negeri tidak beri masalah pun, tetapi ia jadi masalah apabila ramai tidak patuh prosedur operasi standard (SOP),” katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kebimbangan ramai kemungkinan lonjakan kes akan berlaku semula susulan kebenaran rentas negeri seperti pernah berlaku akhir tahun lepas.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, aktiviti balik kampung atau bercuti di destinasi tertentu bukanlah satu isu tetapi masalah berpunca apabila ramai sesak berkumpul secara serentak sehingga menyebabkan kesesakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI