fbpx

Cools bakal perkuat Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COOLS dilaporkan teruja dan bersedia untuk beraksi bersama skuad negara bagi menghadapi saingan Piala AFF kali ini.

HARAPAN untuk menyaksikan kehadiran pemain pertahanan berbisa, Dion Cools pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 semakin hampir menjadi ke­nyataan selepas perbincangan positif yang dilakukan bersama kelab Denmark yang diwakilinya, FC Midtjylland.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi selepas pihaknya berhubung dengan Cools serta Midtjylland mengenai peluang untuk membenarkan pemain kacukan Malaysia-Belgium itu hadir ke Singapura.

Sebagai rekod, terdapat kerisauan mengenai status Cools untuk menyertai kem Harimau Malaya memandangkan saingan Piala AFF Suzuki 2020 dilangsungkan di luar kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan kelab mempunyai hak untuk tidak melepaskan pemain.

Kata Yusoff, Cools yang terlepas menyertai aksi persahabatan antarabangsa di Jordan bulan lalu ekoran kecederaan memberikan respons positif dan sangat teruja untuk bersama pasukan Harimau Malaya di Singapura nanti.

“Berdasarkan perancangan awal yang dilakukan bersama Midtjylland, mereka tidak mempunyai masalah untuk melepaskan khidmat Cools untuk menyertai kem kebangsaan di kejohanan Piala AFF Suzuki nanti.

“Cuma, persetujuan awal yang saya dapat adalah dia (Cools) akan tiba lewat sedikit dan kemungkinan besar hanya akan bersama pasukan ketika aksi terakhir peringkat Kumpulan B,” katanya kepada pemberita semalam.

Difahamkan, saingan Liga Super Denmark akan berehat selama dua bulan dengan aksi terakhir dijadualkan berlangsung pada 30 November ini.

Namun, Midtjylland masih lagi perlu mengharungi saingan Liga Europa yang menyaksikan perlawanan terakhir peringkat kumpulan dilangsungkan pada 10 Disember selain aksi suku akhir Piala Denmark pada 13 Disember.

Skuad negara kendalian Tan Cheng Hoe akan membuka tirai aksi menentang Kemboja pada 6 Disember, Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan Indonesia (19 Disember).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI