fbpx

Real akhirnya ada wakil bersama La Roja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARVAJAL (kiri) menjadi pemain pertama Real disenaraikan semula dalam skuad Sepanyol sejak Mac 2021. – AFP

MADRID – Tonggak pertahanan Real Madrid, Dani Carvajal gembira apabila kembali diberikan kepercayaan mewakili Sepanyol menentang Greece untuk aksi kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Olimpik Athens awal pagi esok.

Menariknya, Carvajal muncul pemain pertama dari Real yang dipanggil oleh ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique selepas 235 hari sejak beliau menyenaraikan nama Sergio Ramos pada Mac lalu.

Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah buat Carvajal kerana perlu bersaing dengan kapten Chelsea, Cesar Azpilicueta untuk mendapatkan semula tempatnya sebagai pilihan dalam kese­belasan utama di bahagian pertahanan kanan La Roja.

“Saya akui agak gementar selepas lebih setahun tidak bersama rakan-rakan dalam pasukan kebangsaan. Dalam masa sama, saya turut berbangga kerana dapat menyarung semula jersi Sepanyol.

“Mana-mana pemain tentunya kecewa apabila nama mereka tercicir daripada skuad kebangsaan lebih-lebih lagi pada Kejohanan Euro sebelum ini. Namun, saya tidak mahu menoleh ke belakang kerana ia sudah berakhir.

“Sekarang saya mahu pastikan masa depan bersama Sepanyol terjamin kerana objektif utama mahu beraksi pada Piala Dunia 2022,” kata Carvajal.

Dalam perkembangan lain, Sepanyol terpaksa melupakan hasrat untuk menggunakan ­khidmat pemain sayap lincah Villarreal, Yeremy Pino selepas dia disahkan mengalami kecederaan baru-baru ini.

Ia menyebabkan Enrique terpaksa memanggil pemain Celta Vigo, Brais Mendez mengisi kekosongan tersebut untuk aksi bertemu Greece dan seterusnya Sweden di Estadio de La Cartuja pada Isnin ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI