fbpx

Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ilustrasi burung kakak tua jambul kuning (Cacatua sulphurea). -Shutterstock/CooleR

BANDAR RAYA KUWAIT, KUWAIT – Seekor burung kakaktua peliharaan di Kuwait mengejutkan majikan wanitanya apabila ia ‘mendedahkan’  hubungan sulit suami wanita berkenaan  dengan pembantu rumah mereka, lapor laman berita Suara.com hari ini. 

Kejadian berlaku pada tahun 2016 ketika burung pembongkar rahsia itu kerap berkicau kata-kata manis dan lincah yang tidak pernah diungkap suami kepadanya.

Rupa-rupanya si suami mengungkapkan kata-kata tersebut kepada pembantu rumah mereka dan burung  itu mengajuk kata-kata yang diucapkan sekali gus menimbulkan rasa curiga isterinya, lapor laman berita Arab Times Online.

Wanita yang tidak disebutkan namanya itu berasal dari Hawalli. Dia melaporkan ketidaksetiaan suaminya kepada polis dan menggunakan burung kakaktua itu sebagai bukti.

Isterinya  berminggu-minggu mengesyaki  bahawa si suami menjalinkan hubungan sulit kerana mendapati dia gugup ketika pulang awal dari kerja, lapor akhbar itu.

Ini  bukan kali pertama burung kakaktua mengadukan pemiliknya kerana menjalin hubungan sulit. Pada tahun 2006, seekor burung bernama Ziggy mendedahkan kepada pemiliknya, Chris Taylor bahawa teman wanitanya, Suzy Collins tidak setia.

“Saya sayang awak Gar! kata  burung itu yang mengajuk kata-kata  Suzy mengenai kekasih gelapnya,” demikian menurut BBC. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI