fbpx
JDT mengesahkan kemaraan ke saingan suku akhir Piala Malaysia dengan rekod cemerlang apabila menang kesemua enam aksi termasuk menewaskan Kelantan FC 4-0 kelmarin. – FB JOHOR SOUTHERN TIGER

JDT tetap waspada ancaman KDA FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh YATIMIN ABDULLAH

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menyifatkan pertemuan dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada aksi suku akhir Piala Malaysia bukan tugas mudah buat barisan pemain pasukan itu.

Mora berkata, umum me­ngetahui bahawa KDA FC merupakan antara pasukan yang kuat dalam saingan Liga Malaysia untuk musim ini.

“Jadi, kami akan cuba bermain dengan gaya tersendiri pada perlawanan itu nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas aksi terakhir Kumpulan D, Piala Malaysia menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.

Dalam perlawanan itu, JDT merakam kemenangan bergaya 4-0 menewaskan Kelantan FC.

Gol-gol JDT dija­ringkan oleh Syafiq Ahmad pada minit ke-48, Leandro Velazquez (m-59), Guilherme de Paula (m-61) dan Shahrul Saad (m-90).

Mengulas lanjut mengenai kemenangan itu, Mora membe­ritahu, dia berpuas hati dengan komitmen yang dipamerkan oleh barisan pemain JDT ketika mereka mudah menjinakkan Kelantan FC.

Katanya, barisan pemain JDT telah memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu untuk mengekalkan rekod bersih dalam saingan peringkat kumpulan.

Sementara itu, penolong jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya mengakui bahawa anak-anak buahnya berdepan masalah kepenatan dalam perlawanan tersebut menyebabkan mereka gagal memberikan tentangan sebenar kepada JDT.

Bagaimanapun, beliau tetap memuji aksi yang dipamerkan oleh para pemainnya terutama­nya barisan pemain tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN