fbpx

Rosé terlampau kurus, peminat pula berdebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSÉ

PERKONGSIAN penyanyi Rosé dalam Instagramnya beberapa hari lalu mengundang perhatian berbeza daripada kalangan peminatnya.

Dalam perkongsian tersebut, Rosé memuat naik beberapa keping gambarnya ketika bersiar-siar di sekitar New York, Amerika Syarikat

Di sebalik rimbunan pujian peminat, ada segelintirnya bertindak menegur bentuk badan penyanyi kumpulan Blackpink itu yang kelihatan terlalu kurus.
Rosé ketika itu mengenakan jaket longgar dipadankan dengan seluar jeans berwarna hitam.

Biarpun memakai baju longgar, namun peminat tetap dapat melihat bentuk badan penyanyi itu yang melidi.

“Wah, dia memang nampak tulang sahaja,” kata seorang netizen.

“Dia sangat kurus,” ujar seorang lagi netizen lain.

Bagaimanapun, terdapat dalam peminat penyanyi lagu On The Ground itu yang melayangkan pujian terhadapnya. Rosé tetap cantik meskipun mengenakan pakaian ringkas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI