fbpx

Pelanggan boleh mula menstrim Netflix di Astro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Astro meghiburkan rakyat di negara ini dengan pelbagai kandungan tempatan yang menarik. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelanggan ­Astro ­ boleh mula menstrim Netflix menerusi Ultra Box ­Astro secara berperingkat bermula semalam dan menerusi Ulti Box dalam tempoh masa terdekat.

Serentak dengan itu, Astro memperkenalkan ‘Pengalaman Baharu Astro’ melibatkan pe­ngenalan pakej-pakej langganan baharu meliputi perkhidmatan penstriman terkemuka seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+ yang menawarkan lebih nilai dan penjimatan.

Pakej terbaharu itu terdiri daripada Pek Primary, Entertainment, Sports, Movies, Entertainment Plus, Premium 1, 2 dan 3 serta Platinum, pada kadar bermula RM59.99 sebulan.

Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad berkata, pek baharu itu direka khas untuk menepati cita rasa pelanggan yang sentiasa menginginkan variasi dalam sajian kandungan hiburan mereka, pada kadar atau nilai yang lebih berpatutan.

“Ia hadir dengan kontrak perjanjian yang cukup fleksibel, sama ada tanpa ikatan tempoh kontrak, 12 bulan atau 24 bulan langganan, terpulang kepada pilihan pelanggan.

“Astro juga ingin menjemput pelanggan untuk berdaftar de­ngan pakej jalur lebar kami untuk menikmati akses Netflix secara komplimentari selama tiga bulan,” katanya pada majlis pelancaran semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro & Ketua Pegawai Eksekutif TV ­Astro, Euan Smith.

Sementara itu, Smith ber­kata, pakej tersebut dibangunkan melalui kaji selidik yang dijalankan dengan pelanggan Astro dan maklum balas daripada kum­pulan fokus.

“Buat pelanggan yang belum bersedia untuk bertukar, mereka boleh meneruskan langganan sedia ada,” katanya.

Tambah Smith, kehadiran Netflix sebagai rakan kongsi dan pengenalan pakej baharu di­jangka mampu melonjakkan jumlah pelanggan Astro, manakala Netflix turut beroleh manfaat menerusi akses kepada pelanggan Astro menerusi perkongsian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI