fbpx

Kosmo! menang laporan berita media cetak terbaik bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loy Sian (tengah) menyampaikan replika cek kepada Mohd. Yunus sambil perhatikan Wan Abdul Latiff pada Malam Apresiasi Media Alam Sekitar Negeri Selangor, malam ini.

SHAH ALAM – Wartawan Kosmo!, Mohd. Yunus Yakkub memenangi kategori media cetak terbaik bagi Bahasa Melayu pada Malam Apresiasi Media Alam Sekitar Negeri Selangor, hari ini.

Beliau yang juga wakil Kosmo negeri Selangor membawa pulang wang tunai RM1,000, plak, sijil penghargaan dan barangan elektronik.

Sementara itu, wartawan Utusan Malaysia, Mohamad Hafiz Yusoff Bakri Mohamad Hafiz Yusoff Bakri turut terpilih memenangi saguhati bagi kategori sama dengan meraih wang tunai RM500 serta sijil penghargaan.

Penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI