fbpx

Tiga kluster baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Tiga kluster baharu Covid-19 dikenal pasti masing-masing melibatkan satu kluster tempat kerja, pendidikan tinggi dan komuniti yang menjadi antara penyumbang kepada kes harian negara hari ini.

Kluster tersebut ialah Kluster Dah 3/5 Industri Sungai Petani 2 di Kuala Muda, Kedah, Kluster Jalan Yahya 4 di Titiwangsa, Kuala Lumpur dan Kluster Muhibbah Sungai Papan di Kota Tinggi, Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 4,922 kes harian hari ini termasuk 10 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,497,265 kes.

“Daripada jumlah kes hari ini, 80 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 4,842 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 5,579 kes sembuh dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,401,823 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 549 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 282 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI