fbpx

Lima pemain bakal dijual Conte

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE sudah memulakan tugasnya sebagai pengurus baharu Spurs sebaik dilantik semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte didakwa telah memberitahu lima nama besar pasukan itu bahawa mereka tiada dalam perancangan sistem permainannya.

Conte yang terkenal dengan taktikal 3-4-3, dilaporkan mahu menjual Harry Winks, Dele Alli, Tanguy Ndombele, Davinson Sanchez dan Lucas Moura apabila jendela perpindahan pemain kembali dibuka Januari depan.

Ia bagi membolehkan pengendali berprofil tinggi dari Itali itu untuk membeli pemain-pemain kegemarannya seperti dua bintang Inter Milan, Nicolo Barella dan Stefan de Vrij serta arkitek tengah AC Milan, Franck Kessie.

Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah kerana pengurusan tertinggi Spurs perlu mengeluarkan dana yang besar untuk mendapatkan nama-nama tersebut contohnya seperti Kessie yang dianggarkan bernilai £55.45 juta (RM314 juta).

Dalam masa sama, kehadiran Conte menggantikan tempat Nuno Espirito Santo yang dipecat baru-baru ini, menyaksikan Spurs kembali dilihat bertenaga untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Penyerang Spurs yang juga kapten England, Harry Kane pastinya antara pemain yang begitu teruja dengan kehadiran Conte yang sudah memenangi pelbagai trofi bersama kelab dibimbingnya.

Sebagai contoh, Conte pernah menghadiahkan tiga gelaran Serie A berturut-turut buat Juventus dari 2012 hingga 2014, mengemudi Chelsea menjulang kejuaraan EPL 2016/2017 sebelum mmebantu Inter menjuarai Serie A musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI