fbpx
Tangkap layar akaun Twitter Edisi Siasat.

Kerajaan teliti pendedahan Edisi Siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kerajaan kini giat meneliti semua dakwaan salah laku dan rasuah melibatkan beberapa menteri, bekas menteri serta pegawai tertinggi badan penguat kuasa negara seperti yang didedahkan akaun media sosial Edisi Siasat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya memberi jaminan kerajaan tidak akan memilih bulu dalam menjalankan siasatan walaupun melibatkan pimpinan tertinggi negara.

“Kerajaan masih meneliti semuanya, tapi tidak semua siasatan ini boleh didedah kepada umum selagi ia belum siap dan lengkap.

“Saya memberi penegasan di sini bahawa tindakan kerajaan adalah untuk menyiasat sesiapa sahaja. Kita tidak kisah sama ada ketua jabatan atau pemimpin tertinggi kerajaan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang bertanyakan pendirian kerajaan terhadap pendedahan Edisi Siasat, serta sama ada siasatan sudah dijalankan bagi memastikan dakwaan itu benar atau sebaliknya. – K! ONLINE

POPULAR