fbpx
Tangkap layar video memaparkan dua pemuda sedang membantu seorang anggota polis kini tular di media sosial.

Giliran mat motor tolong anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kebiasaannya kita akan menyaksikan mat motor atau mat rempit lari daripada pihak berkuasa terutamanya polis ketika sekatan jalan raya.

Namun kali ini lain jadinya apabila satu video yang tular di TikTok sejak semalam menyaksikan dua orang mat motor membantu seorang anggota polis trafik.

Sebuah video yang dimuat naik oleh @durianbrothers di aplikasi Tiktok menunjukkan seorang anggota polis telah dibantu oleh dua orang penunggang motosikal.

Difahamkan motosikal anggota polis tersebut mengalami masalah, kedua-dua penunggang motosikal itu dilihat menolak dari belakang menggunakan kaki bagi membantu anggota polis tersebut.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip video tersebut memuji tindakan yang dilakukan oleh dua pemuda tersebut dan menyatakan kejadian tersebut boleh dijadikan contoh yang baik.

“Polis pun dah cakap, polis dan masyarakat berpisah tiada. Mereka jaga keharmonian negara, jadi kita sebagai masyarakat ini lah masa kita untuk membantu,” jelas Cikgu Mu HD.

“Kalau kita berbuat baik kepada orang lain, maka ganjarannya cukup besar. Alhamdulillah, tengok video ni rasa macam polis dan masyarakat cukup rapat,” jelas Issey Ciku3. – K! ONLINE.

POPULAR