fbpx

Ibu kandung Affan diminta tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Affan

SHAH ALAM – Seorang wanita yang merupakan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki diminta tampil dalam membantu siasatan kes.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petaling berkata, berkata, wanita tersebut dikenali Ellies Yusra Nabila Jusoh yang meninggalkan anaknya dikenali Mohammad Affan Uzair itu selepas dilahirkan pada 12 November 2018.

Katanya, pihaknya telah berusaha mencari ibu kandung berkenaan namun gagal mendapat kerjasama dan berhubung dengannya.

“Kanak-kanak itu akhirnya telah diletakkan di bawah jagaan ibu bapa pelihara dengan perintah mahkamah pada tahun 2019.

“Pendengaran kes berhubung penjagaan kanak-kanak itu ditetapkan pada 25 November depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, jurucakap itu berharap ibu kandung dan atau ahli keluarga serta sesiapa mengenali waris kanak-kanak itu agar dapat menghubungi Pelindung di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Nor Asmanizah Ahmad di talian 03-7842 2584 atau 03-7842 2587. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI