fbpx
APABILA menyarung jaket atau tuksedo elakkan memakai kemeja dengan kolar bucu berkancing.

Kemeja menarik, jejaka jadi lebih tertarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERBANDING dengan pakaian-pakaian lain, kemeja lebih banyak mencerminkan siapa diri kita terutama dalam kalangan jejaka.

Sama ada kita sedari atau tidak, lelaki sentiasa berkemeja. Berbanding dengan seluar yang boleh dilindungi atau sering terlindung tatkala kita duduk di meja mesyuarat, kemeja sentiasa terdedah kepada penglihatan mata.

Sewaktu membeli kemeja, pastikan kolar tidak ketat. Tiada guna berkemeja cantik tetapi anda nampak seperti tercekik kerana rasa sendat di leher.
Oleh itu pastikan anda peka dengan saiz lilitan leher anda untuk mendapatkan saiz kolar yang tepat dan selesa.

Disarankan anda memiliki sekurang-kurangnya 10 kemeja kerana jika menghantar lima kemeja ke dobi atau mencucinya sendiri sekurang-kurang masih berbaki lima. Di sini saya titipkan beberapa lagi panduan dalam pemilihan dan penjagaan kemeja.

1. Bermutu tinggi
Kebanyakan pakar menyarankan lelaki dalam bidang korporat memiliki sekurang-kurangnya empat kemeja putih dan empat kemeja biru.
Tetapi bagi saya, jika anda berkemampuan, adalah lebih praktikal, bijak dan baik untuk memiliki apa sahaja kemeja yang bermutu tinggi yang anda sukai, asalkan kolarnya sesuai dengan bentuk muka dan tuntutan kerja anda.

2. Kemeja putih
White down button-shirt adalah suatu kemestian dalam almari anda. Ia hebat digayakan dengan sut jalur dan blazer yang ditempah. Anda perlu miliki sehelai kemeja putih yang berkualiti, terutamanya versi yang tiada poket dengan cuff tiga butang untuk kelainan dan kelihatan segak.
Kemeja paling elok dicuci tangan. Kadangkala kemeja yang mahal pun akan tampak murah jika terlalu kerap di hantar ke dobi berbanding jika dicuci tangan.

KEMEJA dengan reka corak flora menyerlahkan penampilan jejaka yang unik tetapi segar.

3. Bucu kolar
Jika memakai kemeja berkolar bucu berkancing, pastikan bucu kolar sentiasa berbutang.
Tetapi, sekiranya anda memenuhi undangan yang memerlukan anda memakai tuksedo, pilih kemeja putih kain keras berkolar straight atau kolar wing dan elakkan sama sekali memakai kemeja dengan kolar bucu berkancing.

4. Corak flora
Dapatkan kemeja dengan reka corak flora, grafik atau geometrik yang terang, kemudian padankannya dengan seluar potongan tirus dalam rona arang (charcoal slim-cut pants) ataupun jean warna gelap. Aliran gaya itu cukup segar dan sememangnya unik serta menjanjikan kelainan.

5.Genggang
Sememangnya kemeja dengan reka corak genggang (gingham) dapat menyuntik imej segar. Reka corak tersebut mudah didapati di pasaran dalam pelbagai variasi warna lembut (muted and subtle). Ia cukup segak bagi anda yang pentingkan gaya dan penampilan diri.

POPULAR

BERITA BERKAITAN