fbpx
TANGKAP layar menunjukkan kawanan gajah melintasi lobi sebuah resort di Zambia. - AGENSI

‘Hati-hati, gajah melintas di lobi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUSAKA  – Sebuah resort di Zambia, Mfuwe Lodge, mencuri perhatian  apabila rakaman sekumpulan gajah liar melintas dengan tenang di dalam kawasan lobi resort penginapan tersebut tular di media sosial, lapor laman  berita Radar Kediri.

Momen luar biasa ini menjadi daya tarikan utama dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi para tetamu hotel.

Menurut pihak pengurusan hotel, lobi tersebut sebenarnya dibina di atas laluan migrasi semula jadi yang telah lama digunakan oleh  gajah liar.

Daripada menutup atau mengubah laluan berkenaan, pihak penginapan memilih untuk mengekalkan struktur asal reka bentuk mereka. 

Langkah ini diambil bagi memastikan hidupan liar tersebut dapat bermigrasi tanpa sebarang gangguan.

Dengan pengawasan serta peraturan keselamatan yang ketat, para tetamu dapat menyaksikan sendiri gajah-gajah itu melintas dari jarak dekat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN