fbpx
Tempahan bagi pelayaran itu sudah dibuka dengan pelayaran pertama dijangka bermula pada 2023. - Dan Lamont

Royal Caribbean tawar pelayaran paling lama di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI, FLORIDA –  Syarikat perkapalan Royal Caribbean International bakal menawarkan pelayaran selama 274 hari  yang merupakan pelayaran paling lama di dunia, lapor akhbar New York Post semalam.

Pelayaran yang dipanggil  Ultimate World Cruise itu akan menjelajah 65 buah negara di seluruh dunia.

Tempahan bagi pelayaran itu sudah dibuka dengan pelayaran pertama dijangka bermula pada penghujung 2023.

Harga tiket bagi pakej pelayaran penuh melibatkan 150 buah lokasi termasuk lokasi yang disenaraikan sebagai ’11 keajaiban dunia’ itu dijual pada harga AS$60,999 (RM253,328) setiap seorang.

Pelayaran itu akan berlepas dari Miami pada 10 Disember 2023 sebelum kembali semula ke  lokasi sama pada 10 September 2024.

“Ini merupakan pelayaran dunia paling mengagumkan. Orang ramai sudah mula mengembara semula bagi ‘membalas dendam’ (perintah berkurung Covid-19).

“Royal Caribbean menjadikan pelayaran ini  satu realiti menerusi percutian menakjubkan ini,” kata Ketua pegawai Eksekutif Royal Caribbean, Michael Bayley dalam satu kenyataan akhbar.  – AGENSI 

POPULAR