fbpx

Lelaki ditahan seludup heroin ke Australia bukan keldai dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (kanan) memaklumkan lelaki yang ditahan pihak berkuasa Australia selepas disyaki menyeludup heroin bukan keldai dadah pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. - Foto: RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak dakwaan kemungkinan lelaki warganegara Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Australia selepas disyaki menyeludup 450 kilogram (kg) dadah jenis heroin bernilai RM 431.8 juta sebagai keldai dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Hussain berkata, hasil maklumat awal mendapati lelaki yang ditahan berusia 38 tahun itu memasuki negara Kanggaru pada Januari tahun lalu.

“Saya boleh menolak bahawa mungkin dia bukan keldai dadah fasal dia masuk Australia pada Januari 2020.

“Kalau keldai dadah yang kita nampak ini adalah seperti tangkapan sebelum MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) sebelum ini.

“Mereka (keldai dadah) membawa dadah bersama-sama naik kapal terbang dan mereka ditahan di sana, tetapi ini (suspek) duduk sudah setahun lebih di Australia,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Razarudin berkata, maklumat yang dikongsikan pihak berkuasa Australia berhubung siasatan terhadap rampasan dadah yang didakwa terbesar di negara itu sedikit sebanyak dalam membantu PDRM dalam melakukan siasatan lanjut bagi mengesan dalang utama sindiket terbabit.

Tegasnya, siasatan terperinci akan mengambil masa antara seminggu sehingga sebulan bagi mendapatkan risikan maklumat bernilai operasi berkualiti.

“Kita juga boleh lakukan siasatan lebih kurang tetapi tidak berkualiti, jadi kita tidak mahu seperti itu, ini adalah satu sindiket yang besar, kita akan buat (siasatan) mengambil sedikit masa,”katanya.

Terdahulu, pihak berkuasa Australia mengumumkan merampas 450 kilogram (kg) dadah jenis heroin bernilai RM431.8 juta menerusi satu siri serbuan di negara itu pada 16 Oktober lalu.

Pegawai Kanan Polis, Krissy Barret berkata, ia juga adalah rampasan dadah terbesar di negara tersebut yang disyaki dibawa masuk dari negara ini.

Kesemua bekalan dadah itu disembunyikan dalam kontena yang diisytiharkan membawa bungkusan berisi jubin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI