fbpx

80 peratus pelajar selesai dos pertama di Tanjong Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH (tengah) melihat seorang pelajar yang menerima suntikan dos pertama vaksin di PPV itu, hari ini.

KUALA SELANGOR – Lebih 80 peratus pelajar sekolah di Tanjong Karang sudah menerima suntikan dos pertama Covid-19 setakat ini.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, ini melibatkan 8,988 pelajar daripada 31 sekolah rendah dan menengah berusia 12 hingga 17 tahun.

“Sehingga semalam, rekod menunjukkan seramai 6,651 pelajar sekolah menengah dan 2,337 pelajar sekolah rendah selesai dos pertama suntikan.

“Kesemua mereka hadir bersama penjaga masing-masing sejak lapan hari lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Selangor,” katanya selepas meninjau PPV berkenaan bersama Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Mohd. Azwan Mohd. Nawawi.

Jelas Noh yang merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, PPV itu akan dibuka sehingga esok sebelum pelaksanaan pemberian dos kedua bermula 2 November depan.

“Kita berharap tempoh berbaki dua hari ini akan melengkapkan jumlah semua pelajar yang divaksinasi.

“Lokasi PPV bagi dos kedua juga belum ditetapkan dan akan dibincangkan dalam tempoh terdekat,” ujarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI