fbpx

Wajah penyanyi sebenar lagu Squid Game mirip patung gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ming Hay merupakan pemenang sebuah pertandingan nyanyian di Hong Kong. - Instagram

HONG KONG – Pemilik suara lagu ‘Lampu Merah, Lampu Hijau’ daripada siri popular Netflix, Squid Game akhirnya didedahkan dan ternyata, wajahnya dikatakan seiras dengan patung kanak-kanak gergasi yang ditampilkan dalam siri tersebut, lapor laman berita Suara.com.

Lagu popular yang dinyanyikan oleh patung kanak-kanak gergasi itu adalah nyanyian Gigi Yim Ming Hay, seorang penyanyi remaja berusia 16 tahun yang memenangi pertandingan Stars Academy di Hong Kong.

Menariknya, gadis tersebut mempunyai gaya rambut yang hampir sama dengan patung kanak-kanak dalam siri Squid Game itu.

Malah, dalam satu temu bual, gadis itu berkata, dia tidak keberatan untuk memainkan watak patung kanak-kanak itu sekiranya ia memerlukan watak manusia sebenar.

“Namun, sekiranya saya diberi peranan sebagai watak patung itu, saya perlu terlebih dahulu belajar cara memusingkan kepala saya sebanyak 360 darjah,” katanya dalam nada bergurau. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI