fbpx

Pengusaha bas ekspres rayu bantuan kos penyelengaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laili (tiga dari kir) menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada seorang asnaf di Demit, Kubang Kerian hari ini.

KOTA BHARU – Seramai 200 pengusaha bas ekspres di seluruh negara mendakwa mereka terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi selepas kenderaan mereka tersadai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.

Kebanyakan pengusaha bas ekspres mendakwa mereka perlu menangguhkan operasi sementara menunggu kenderaan dibaik pulih dengan kos penyelenggaraan mencecah RM15,000.

Setiausaha Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa), Laili Ismail berkata, sehubungan dengan itu, pihaknya memohon bantuan secara ‘one off’ kepada semua pengusaha bas ekspres yang terbeban menanggung kos penyelenggaraan itu.

Katanya, pengusaha bas terpaksa membuat pemeriksaan rapi terhadap enjin termasuk menukar semua tayar sebagai aspek utama untuk menjaga keselamatan penumpang.

“Kebanyakan pengusaha tidak mampu mengeluarkan wang bagi menampung kos baik pulih bas kerana pendapatan mereka terjejas sejak tahun lalu.

“Jika kerajaan tidak memberi bantuan, saya khuatir ramai pengusaha bas ekspres akan gulung tikar. Meskipun kerajaan sudah membenarkan rentas negeri, pengusaha bas tetap mengalami masalah kerana sebahagian bas ekspres sahaja yang boleh beroperasi sedangkan permintaan tinggi ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Mega Dapur Asnaf Sekolah Menengah Teknik Terengganu Tahun 82/82 ‘Kongsikan Rezeki, Satukan Hati’ di Demit, Kubang Kerian di sini hari ini.

Dalam program itu, seramai 200 orang asnaf dari Kota Bharu, Tumpat, dan Pasir Puteh menerima bantuan berupa bakul makanan.

Mengulas lanjut, Laili yang juga Pengarah Urusan Ekspres Perdana berkata, hanya 43 daripada 105 buah bas ekspres miliknya boleh beroperasi selepas kebenaran rentas negeri bermula Isnin lalu. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI