fbpx
UQASHA menduduki salah satu kerusi juri tetap bagi program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021).

Bukan bidang, tapi Uqasha teruja jadi juri MLM2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Mengakui tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lawak apatah lagi penjurian, namun pelakon cantik Uqasha Senrose tetap teruja menggalas tanggungjawab baharu yang diberikan kepadanya iaitu sebagai salah seorang juri tetap Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021).

Menurut Uqasha, dia teruja apabila diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai juri tetap dalam pertandingan MLM2021 selepas bertahun-tahun menjadi penonton setia rancangan tersebut.

“Saya sebagai ‘mata-mata’ penonton dan seorang pelakon, saya nak terhibur dan gelak dengan pelawak-pelawak ‘otai’ kita. Kalau kelakar, kita gelak,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Tambah Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, dia sangat berterima kasih kepada pihak Astro kerana memilihnya menjadi juri dalam program yang dianggap cukup hebat itu.

“Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana telah memilih dan memberi kepercayaan kepada saya menggalas tugas sebagai juri tetap untuk  program yang cukup hebat ini.

“Bertahun-tahun saya memang pengikut setia Maharaja Lawak, tak pernah tinggal (menonton) rancangan ini dan saya terhibur dengan peserta-peserta yang hebat-hebat belaka,” ujarnya.

Apabila dilantik menjadi salah seorang juri tetap dalam MLM, tunangan kepada pelakon Kamal Adli itu berkata, dia sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat persembahan yang disampaikan oleh semua peserta.

“Tahun ini saya salah seorang juri. Saya berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat persembahan terbaik yang diberikan peserta,” ujarnya.

Selain Uqasha, juri MLM 2021 yang disiarkan setiap Jumaat pukul 9 malam menerusi Astro Warna (Astro 107) turut menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai ketua juri serta penyanyi, Noh Salleh dan Diana Danielle. – K! ONLINE

POPULAR