fbpx
Antara kenderaan lelong yang ditempatkan di stor sita JPJ, Panji di Kota Bharu. - foto IHSAN JPJ KELANTAN

JPJ Kelantan lelong kenderaan harga bermula RM50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan melelong sebanyak 100 buah kenderaan yang telah dilucutkan hak bermula harga serendah RM50 hingga RM19,800 bermula 10 Oktober hingga Isnin ini.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, lelongan kali kedua yang dijalankan pada tahun ini melibatkan sebanyak 65 buah kenderaan boleh dilesenkan manakala 35 buah lagi tidak boleh dilesenkan.

Menurutnya, tawaran sebut harga itu dilaksanakan secara dalam talian bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di pejabat JPJ.

“Pelbagai kenderaan yang ditawarkan antaranya Toyota Wish, Honda Odyssey, Honda Jazz, Protan Saga dan Proton Iswara yang melibatkan jumlah keseluruhan harga simpanan sebanyak RM579,370.

“Nilai deposit sebut harga adalah lima peratus daripada harga tawaran dalam bentuk bank draf dan kiriman wang atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Hanit Yusabra, mereka yang berminat boleh melihat kenderaan di stor sita JPJ di Panji di sini, Stesen Penguatkuasa (SPK) Bukit Jawa di Pasir Puteh, SPK Labok (Machang), SPK Laloh (Kuala Krai) dan SPK Mentara (Gua Musang).

Tambahnya, keterangan lanjut mengenai lelongan kenderaan sila hubungi Unit Pengurusan Sita JPJ Kelantan di talian 09-766 6905 atau 09-766 6117 atau layari Facebook, JPJNegeriKelantanOfficial. – K! ONLINE

POPULAR