fbpx

Cuaca baik, tiada hujan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keadaan cuaca di hampir seluruh semenanjung Malaysia dilaporkan baik dan tiada hujan pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporan kaji cuacanya berkata, tinjauan cuaca semasa pada pagi ini dapat diperhatikan ketika ini hujan sedang berlaku di satu dua tempat melibatkan kawasan sekitar di pesisir pantai Johor sahaja.

Katanya keadaan itu dijangkakan akan beransur pulih dalam sedikit masa sahaja lagi.

“Bagi tinjauan cuaca semasa di Sabah dan Sarawak pula, dapat diperhatikan ketika ini keadaan cuaca di hampir semua bahagian di sana juga berada dalam keadaan baik serta tiada hujan dan kami jangkakan keadaan ini boleh berlanjutan sehingga ke lewat pagi nanti.

“Pada sebelah petang pula, MetMalaysia menjangkakan keadaan cuaca adalah baik dan sedikit panas melibatkan hampir kesemua kawasan di semenanjung Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, hujan di satu dua tempat masih lagi berpotensi untuk berlaku terutamanya di bahagian Sandakan dan juga Tawau di Sabah, juga di sekitar bahagian Kapit, Bintulu, Mukah, Sibu, Betong dan juga Kuching.

Dalam pada itu MetMalaysia berkata, dapat diperhatikan ketika ini angin masih lagi bertiup dari barat daya menuju ke semenanjung Malaysia dengan kelajuan yang agak kencang sekitar 40 hingga 60 kilometer sejam.

“Oleh yang demikian, MetMalaysia telahpun mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora peringkat pertama dan juga kedua melibatkan kawasan perkapalan Phuket, Condore, Reef North dan juga Palawan yang akan berkuat kuasa sehingga ke 16 Oktober nanti.

“Keadaan itu juga adalah amat berbahaya untuk aktiviti menangkap ikan, bot-bot kecil dan perkapalan serta aktiviti pantai dan sukan laut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI