fbpx

Pesara tentera diculik ditemui mati dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Mayat seorang lelaki yang juga pesara tentera ditemui dalam keadaan hampir busuk di kawasan semak di Bukit Sumpitan dekat Selama kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima laporan pada Isnin lalu membabitkan kes seorang lelaki dilarikan secara paksa dari rumahnya di Taman Ngah Ibrahim, Taiping.

Menurutnya, mangsa yang berusia 42 tahun itu dilarikan dua individu yang dikenalinya di hadapan rumah pada pukul 3 petang, Ahad lalu.

“Polis telah melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 31 tahun di Taiping kelmarin dan seorang tentera berusia 34 tahun di Perlis malam tadi.

“Hasil soal-siasat, kedua-dua suspek telah membawa polis ke kawasan di Bukit Sumpitan dan menunjukkan lokasi di mana mangsa telah dibunuh pada hari kejadian,” katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, kejadian dipercayai bermotifkan cemburu di mana mangsa dikatakan menjalin hubungan dengan isteri suspek.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI