fbpx

Pekerja perlu lengkap vaksinasi sebelum dibenarkan beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan syarikat atau premis pelancongan dan kebudayaan perlu memastikan syarat lengkap vaksinasi (dua dos) bagi semua pekerja masing-masing sebelum dibenarkan beroperasi.

MOTAC menerusi satu kenyataan berkata, syarikat dan premis perniagaan di bawah sub sektor pelancongan dan kebudayaan adalah dibenarkan beroperasi tanpa membuat permohonan melalui Covid-19 Intelligent Management System (CIMS).

Bagaimanapun, katanya, kebenaran tertakluk kepada syarat lengkap vaksinasi bagi semua pekerja dan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP).

“Setiap syarikat atau premis perniagaan perlu mempamerkan salinan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terkini dan lesen perniagaan premis daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang masih sah.

“Pihak industri juga dipohon untuk memberikan kerjasama bagi memastikan pematuhan terhadap SOP dan lain-lain arahan kerajaan yang dikeluarkan melalui Majlis Kselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa,” katanya hari ini.

Menurutnya, setiap syarikat atau premis perniagaan juga perlu memastikan jumlah pekerja tidak melebihi kapasiti maksimum yang dibenarkan oleh kerajaan.

Katanya, MOTAC ingin menegaskan bahawa pihak industri bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jelasnya, kompaun kesalahan selaras dengan Seksyen 25, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) akan dikenakan jika gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI