fbpx

Individu kejam hempas kucing ke lantai sampai mati dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbuatan seorang individu menghempas seekor kucing ke lantai kali lima sehingga mati yang berjaya dirakam CCTV.

PETALING JAYA – Zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Itu antara luahan pengguna laman sosial apabila melihat klip video yang memaparkan aksi seorang individu menghempas seekor kucing ke lantai kaki lima yang berjaya di rakam televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah premis.

Lebih menyayat hati, aksi individu kejam itu dilakukan secara berulang sehingga haiwan tersebut menemui ajal.

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), klip video itu di rakam CCTV sebuah premis perniagaan berhampiran Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka kira-kira pukul 6.40 pagi tadi.

Animal Malaysia berkata, menerusi rakaman berdurasi 49 saat itu, kelihatan seekor kucing sedang nyenyak tidur di hadapan sebuah premis deretan kedai.

“Kemudian, seorang individu disyaki sedang berjoging mengangkat kucing tersebut lalu menghempas ke lantai beberapa kali.

“Pengadu yang membekalkan rakaman CCTV mendakwa tidak mengenali pelaku dan merayu mana-mana penduduk di sekitar kawasan Ayer Keroh Heights untuk mengesan pesalah tersebut,” katanya di laman Facebook hari ini.

Tambah Animal Malaysia, maklumat berkenaan boleh disalurkan kepada Hotline jenayah haiwan ditalian WhatsApp 010-5394749 atau ke laman web www.animalmalaysia.com/report-animal-crime.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna Facebook mengecam tindakan individu terbabit yang telah menganiaya haiwan dengan cara yang kejam dan zalim.

“Zalim, kejam dan tidak berhati perut, semoga perbuatan individu itu dibalas dengan balasan setimpal,” tulis Mohd Noor JK.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Yue Kamariah.

“Apa salah kucing tu sampai mati kucing tu dihempas, dasar manusia tidak ada hati dan perasaan, tunggu balasan selepas ini,”tegasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI