fbpx

Tekad mahu pamer aksi sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kanan) tidak mahu skuad negara memandang mudah cabaran Kanada sebaliknya perlu waspada dan fokus untuk meraih kemenangan.

SKUAD badminton lelaki kebangsaan enggan menampilkan aksi sambil lewa apabila turun pada perlawanan pertama dalam saingan Kumpulan D kejohanan Piala Thomas di Aarhus, Denmark menentang Kanada awal pagi esok.

Sebaliknya, pasukan yang diketuai perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia sedia untuk menampilkan persembahan terbaik bagi melakar kemena­ngan selesa ke atas pasukan dari Amerika Utara itu.

Pemain beregu lelaki utama negara, Aaron Chia menegaskan, dia dan rakan sepasukan tidak akan memandang rendah kemampuan yang dimiliki Kanada memandangkan kejohanan berpasukan tidak sama seperti sai­ngan individu.

Justeru, dia yang bergandingan dengan Soh Wooi Yik menggesa semua pemain agar menampilkan aksi terbaik bagi membolehkan Malaysia memulakan kejohanan dwitahunan itu dengan langkah kanan.

“Kami akan turun pada perlawanan pertama menentang Kanada Selasa ini (awal pagi esok). Apa yang pasti, kami tidak boleh pandang rendah keupayaan mereka kerana mahu pastikan kemenangan 100 peratus ke atas Kanada.

“Pasukan negara juga sudah membuat analisis serta menilai permainan Kanada ketika mereka bertemu Jepun, jadi kami akan buat perancangan mengenai strategi yang akan digunakan nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas mengenai kemungkinan pasukan negara akan mengambil pendekatan menggunakan beregu scratch ketika bertemu Kanada, pemain kelahiran Melaka itu tidak menolak strategi tersebut bakal digunakan.

“Saya masih belum tahu mengenai perkara itu kerana masih awal lagi. Kemungkinan itu tetap ada tetapi ia bukanlah sesuatu yang pasti. Kami akan bincang dengan jurulatih dahulu sebelum buat keputusan mengenai barisan pemain,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI